Thursday 15 December 2011

Jika Ingin Berubah!!!

Kawanku...
Terima Kasih kerana sudi membacanya. Bagi seterusnya...kamu hanya perlu pinjamkan mata dan hati menatap tulisan ini. Duduk dengan tenteram dan pandang dengan tenang. Tidak perlu berlari ke padang ataupun meredah hutan. Mudah, bukan?


Kamu mampu berubah! Semua orang mampu berubah menjadi lebih baik. Percayalah! Tidak tumbuh, tidak akan melata, tidak sungguh, orang tidak berkata. Jadi, apa yang saya kata itu benar.


Kita sekarang hidup dalam dunia akhir zaman, kadar jenayah meningkat. Kes-kes samun, rompak, rogol dan sebagainya bertambah. Indeks jenayah tidak makin susut, malah bertambah dari sehari ke sehari. Oleh itu, kita perlu menjaga diri supaya tidak menjadi sebahagian daripada pelaku anti-sosial. Kita perlu sentiasa berubah menjadi semakin bagus.


Apakah azam kamu pada tahun ini? Azam baru memang penting. Hasrat dan keinginan yang dipupuk dan disemai dengan baik mampu menjadi pendorong bagi mencapai cita-cita. Malah ramai orang yang mahu berubah menjadi baik tidak meneruskan niatnya disebabkan rasa tidak yakin.


Perlu diingat, setiap azam perlu disokong dengan perancangan dan tindakan ke arah mencapai matlamatnya. Setiap azam hanya sia-sia tanpa ikhtiar dan usaha. Setiap cita-cita akan tersadai sepi apabila tiada perancangan dan perjuangan bagi menggapainya.


Jangan tidur siang, bangun! Bangun! Berhenti bermimpi dan bermain ilusi!


Ramai orang hanya menyimpan hasrat dalam jiwa tanpa melangkah ke arahnya. Ramai orang mematikan hasrat di hati kerana merasakan tidak berdaya menggapainya. Paling malang, ada orang  beranggapan dia tidak akan dapat mencapai azam dan cita-citanya.


Dia beranggapan semua azam itu ibarat angan-angan dan mimpi siang. Sekadar teman di kala tidur dan rekreasi minda pada waktu dia kesepian. Ini kerana dia meletakkan sempadan kemampuan dirinya mengikut kadar-kadar tertentu. Jangan begitu! Pecahkan batasan dalam diri sendiri.


Kawanku...
Sebelum kita bergerak dan berikhtiar, kita perlu membuang batasan yang ada dalam fikiran kita. Semua orang pasti akan membataskan kemampuan diri. Benar, pepatah melayu ada menyebut "Ukurlah baju pada badan sendiri" supaya kita tidak bercakap besar. Ada juga pepatah menyebut "Tilik dahulu muka sendiri di cermin" bagi mengelakkan kita perasan diri sendiri terlalu sempurna. Orang yang sedar batasan diri sendiri barulah tidak akan dianggap "Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong".


Kita perlu membuang 'batas' yang wujud dalam minda kita. 'Batas' ini adalah halangan pertama yang akan menyekat kita daripada berusaha. Ramai orang apabila ditanya, mengapa tidak mahu belajar? Mereka menjawab, sekiranya belajar pun, dia tetap tidak pandai. Begitu juga remaja yang bermasalah, apabila ditanya mengapa mereka tidak mahu berubah dan mereka menjawab, mereka sudah ditakdirkan menjadi jahat. Semua ini adalah disebabkan minda mereka sudah meletakkan 'batas' pada diri sendiri. Mereka mengatakan sampai bila-bila pun mereka tidak akan berubah menjadi lebih baik.


Kawanku...
Sekiranya benar kamu berubah menjadi lebih baik kamu hanya perlu bertanya pada diri sendiri, "Apakah yang perlu aku lakukan sekarang?" Ya, sekarang. Bukan esok ataupun lusa. Kamu perlu tahu apakah langkah pertama dan seterusnya bagi membuat perubahan mulai sekarang. Kamu perlu tahu apakah yang baik dan buruk.


Jangan berhenti biarpun kamu gagal beberapa kali. Jangan putus asa biarpun kamu jatuh berkali-kali. Kerana suatu masa, akan sampai ketikanya kejayaan muncul tanpa sempat kamu menduga.


-Rasima-

Novel " Cinta Kembali Bertasbih"
Karya A. Ubaidillah Alias

mood: tgh baca novel tersebut...rasa macam nk kongsikan...sbb tu sy taip balik...:)


~> mudah2an ianya bermanfaat...insya ALLAH...

:::Kenapa Perempuan Cantik, Pakai Tudung?:::


1.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA  
2.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA JAGA MARUAH DIRI DIA  
3.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA CANTIK  
4.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA  
5.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA ANAK SOLEHAH  
6.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA  
7.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA HORMATI ORANG LAIN.  
8.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA  
9.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT  
10.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN  
11.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DIA NAK DAPAT PAHALA  
12.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT  
13.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN  
14.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA  
15.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DENGAR SURUHAN NABI  
16.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI  
17.kenapa perempuan cantik pakai tudung..sebab RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)   
18.kenapa perempuan cantik pakai tudung.. sebab DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAKDan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut..

Firman Allah swt,   "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)  

"JADI PEREMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"  

~insya ALLAH~

Wednesday 14 December 2011

ABC DAN NAMA..(^_^)


Mengikut Islam, nama itu adalah suatu doa. Panggilan yang baik terhadap seseorang itu, apabila diucapkan oleh orang lain terhadap diri kita merupakan suatu doa.

Setiap nama mempunyai susunan abjadnya yang tersendiri, dan mengetahui atau mencipta makna tersendiri abjad-abjad ini akan memberi erti yang besar buat anda. Situasi ini bukan sahaja akan menjadi suatu doa apabila nama anda diucap, malahan anda akan rasa bersemangat, dan seterusnya bertindak mengikut maksud nama itu.
Nama itu doa dan senjata kepada diri anda.

Berikut adalah ABC yang telah saya sediakan sebagai contoh untuk anda lihat dan sesuaikan dengan nama anda:

A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
B - Baik atau buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya
C - Carilah kebahagiaan hakiki sebelum mati menjemput diri
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
E - Elakkanlah diriku dari kekufuran dan kelalaian
F - Falah(kejayaan) pasti milikku
G - Gagal bukan penghujung buat diriku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
J - Jalan yang ku pilih ialah jalan yang benar
K - Kerana ALLAH aku hidup dan berjaya
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi
M - Mati itu pasti dan aku tidak takut akannya
N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
O - Orang yang berilmu dan bertakwa itu kawanku
P - Pandanglah aku kerana kebaikan bukan kerana keburukan
Q - Quran peganganku sepanjang hayat
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
T - Tak mungkin aku kalah
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
V - Vaksin segala kesusahan ialah sabar
W - Walaupun aku kecil, aku boleh berjaya
Y - Yang memilih untuk berjaya atau gagal ialah aku
Z - Zahirku sentiasa hebat dan bagus

NAMA SAYA :

N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi

N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat

~~saje suka2~~

....Dya NaDea....(^_^)

Tuesday 13 December 2011

Untukmu Teman :)


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

-Brothers-


terima kasih utk sahabat2 yg sudi jadi sahabat sy....
andai diri ini lalai, tegurlah....saling ingat mengingati la kita....
sesungguhnya, sy budak baru nak belajar...