Pedih sungguh
hatinya terkena ujian hebat yang tidak diduga. Pilu sungguh jiwanya merintih
sedih mengenang diri yang dirundung malang. Air matanya berjuraian jatuh
mengiringi sedih perasaan yang tidak tertanggung bebannya lagi. Dia benar-benar
sedih. Sedih yang tidak terucap. Jika diluahkan kepada manusia dengan seribu
daya pun mereka pasti hanya bisa menadah telinga dan mungkin melontar buah rasa
buat pemujuk jiwa. Hanya dirinya sahaja yang mengerti. Namu dia pasti ALLAH
berjuta kali lebih mengerti dan mendalami isi hatinya berbanding dirinya
sendiri!
Namun mengapa
sukar memujuk diri tika ditimpa ujian begini. Pemilik hati kerdil ini payah
untuk terus pasrah dan redha berbanding pantas sahaja berputus asa dan lebih
rela melayan sebak di dada. Di sebalik ujian ada hikmah yang terselindung.
Harus disingkap baru ditemui manisnya ujian yang menimpa. Namun ujian yang
menjengah sering dianggap pengusut jiwa bukan tanda sayang daripada ILAHI!
Akal yang dangkal
sering membaca ujian itu derita. Sebab itu ujian yang tiba umpama langit
menghempap kepala. Malang sungguh jiwa kerana tidak kenal pencipta. Sedangkan
semua yang ditakdirkan ALLAH pasti ada baiknya! Itu janji ALLAH. Janji ALLAH
tidak mungkin dusta.
Seperti sesebuah
produk, jika ingin diketahui mutunya harus diuji sebelum ia selamat untuk
digunakan. Produk itu perlu melalui ujian dan menepati piawaian yang
ditetapkan. Begitulah insan. Kehidupan mereka mempunyai syariat dan piawaian
yang perlu ditepati barulah terhasilnya Mukmin Sejati! Jika tidak melepasi
piawaian ujian, jadilah muslim itu sebuah produk yang tidak bermutu dan tidak
tahan lasak. Justeru Mukmin Sejati harus diuji!
Seperti
Rasulullah s.a.w yang liku hidupnya dipenuhi ujian. Pada masa yang sama ALLAH
begitu cinta kepada Baginda sehingga dinobatkan sebagai kekasih ALLAH. Masya
ALLAH! Sebab itulah ujian bukan tanda benci dan nista tetapi tanda cinta. Ia
kayu ukur keimanan seorang muslim. Yakinlah! Mukmin yang sejati apabila ditimpa
kesusahan dia bersyukur dan apabila ditimpa kemudaratan dia bersabar.
-GenQ Isu 06-
“Sesungguhnya
ALLAH bersama orang-orang yang sabar”
(Surah
Al-Anfal:46)
~sabar itu indah~
-N.N- J
salam..sy mohon share n credit utk awk,ok..thanks :)
ReplyDeleteLike this notes ^_^
ReplyDelete