Terdengar suara lolongan dan hilai tawa dari
kumpulan remaja yang berkerumun. Suara mereka benar-benar mengusik kedamaian insan
lain. Lirihnya hati ini tatkala menyedari mereka adalah anak gadis permata
agama. Lagak mereka sudah tidak umpama seorang wanita. Pakaian mereka menyerupai
lelaki, rambut mereka terdedah dan kontot, tingkahlaku mereka juga kasar dan menjengkelkan.
Bebas bergaul tanpa garis dan sempadan syarak. Hilang sudah sifat muslimah yang
seharusnya membaluti tubuh remaja ini. Hilang dibawa pergi kerana dangkalnya
didikan agama dan terpedaya dengan indahnya dunia.
Jika kita renungi peribadi wanita, pasti
terbayang di minda bahawa insan bernama wanita akan dihiasi dengan sifat-sifat
kelembutan dan keibuan. Wanita yang kita kenali bersifat penyayang, lembut bicara
serta sejuk memandang. Realiti masa kini telah meragut semua itu. Ramai wanita remaja
leka serta tidak tahu peranan besar yang bakal dimainkan oleh mereka iaitu melahirkan
dan mendidik generasi! Lantas mereka melupakan agama dan ajaran yang dibawa.
Apakah nilaian dirimu
Dijadikan begitu unik
Dihadiahkan ALLAH dengan keindahan
Keindahan penciptaan dan keindahan peranan
Bukan sekadar menghiasi dunia penuh nista
Dengan kemanisan dan cantik paras rupa
Namun dibahumu terpundak amanah nubuwwah
Melahirkan mujahid pewaris risalah
Pastikan
langkahmu
Renunglah
kembali tujuan penciptaan
Bagi
menilai sudi dan tulusnya keikhlasan dan keimanan
Hanya
redha ALLAH puncak harapan
Bekalan
melusuri imtihan dunia yang tidak terduga
Dirimu
amat berharga
Setiap
penciptaan ALLAH tiada yang sia-sia
Walaupun
karat hidupmu menghiasi lakaran kehidupan
Jadikan
ALLAH pendorong perubahan
Hiasilah
dirimu dengan watak insan pilihan
Seorang
wanita yang memiliki sifat keibuan
Lembut
pada pandangan mata namun tegas pada agama
Syukurilah
Betapa
dirimu adalah perhiasan dunia
Sebutir
mutiara bernilai idaman hati setiap insan
Namun
ingatlah
Jika
dibaluti dengan keimanan di dada
Dan
diletakkan di tempat yang sempurna
Lerailah
jiwa
Andai
dirimu tidak dipelihara
Kerana
medan didikan mujahid terpundak dibahumu!
-GenQ Isu05-
~insya ALLAH~
No comments:
Post a Comment